Skip to main content

Posts

Kita berdiri di pihak yang mana?

APABILA berbicara mengenai kemiskinan, terutamanya kedaifan ekonomi orang Melayu, kita lebih tertumpu terhadap kemiskinan fizikal, iaitu dari segi wang ringgit dan harta.Justeru bajet negara, mahupun pelbagai rancangan pembangunan, lebih tertumpu kepada menghapuskan kadar kemiskinan, baik di desa mahupun di bandar. Data menunjukkan kita telah berjaya dalam usaha murni ini, malah pencapaian kita adalah antara yang terbaik di dunia.Namun, kemiskinan tidak boleh dilihat hanya dari satu dimensi. Kemiskinan bukan sahaja merujuk kepada kekurangan harta, tetapi lebih penting lagi, adalah kemiskinan jiwa dan cita-cita. Hal ini telah digariskan oleh Pendeta Zaaba dalam rencana ‘The Poverty of the Malays’ yang ditulis hampir sembilan dekad lalu. Jika ini dijadikan kayu ukur, kita telah gagal. Kemiskinan sebegini masih lagi tebal membelenggu kaum Melayu, ataupun lebih tepat lagi, terutamanya, golongan yang kaya dan terpelajar.
Adakah kaum Melayu telah atau berupaya memerdekakan diri dari penjajah…
Recent posts

Gelandangan

Gelandangan dan pengemis itu berbeza.



Suara hati Dr M

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di neg…

England 'divided into readers and watchers'

England is suffering from a "worrying cultural divide" with poor adults much less likely to read books than their richer neighbours, a report says.The country is divided into two nations, those who read weekly or daily, and those who prefer TV and DVDs, it says.It finds key links between an individual's social background and how likely they are to read.The research, from charity Booktrust, is based on a survey of 1,500 adults.The study found that on average, the richer someone's background, the more likely they are to read.Meanwhile a higher proportion of people from poorer backgrounds admitted they never read.Younger people, men and those with lower levels of qualifications are also less likely to be readers.'Get bored'More than one in four (27%) of adults from the poorest socio-economic backgrounds said they never read books themselves, compared with just 13% of those from the richest socio-economic backgrounds.And more than six in 10 (62%) of those from th…

Nik Aziz dan masa lapang

Temubual Utusan Malaysia bersama Nik Aziz pada 12 Januari 2014.MINGGUAN: Apa khabar Tok Guru, nampak ceria.NIK AZIZ: Ceria sebab ada tetamu. Saya sebenarnya letih. Sekarang mudah letih. Kalau berbual pun letih, tak boleh lama.Bagaimana keadaan kesihatan Tok Guru secara keseluruhan?NIK AZIZ: Alhamdulillah. Untuk jantung, baterinya doktor kata buat masa ini, tidak perlu tukar lagi kerana masih molek. Bateri ini kurang bekerja kerana tidak begitu diperlukan memandangkan jantung saya masih gagah. Masalah saya sekarang ini adalah prostat. Masalah prostat ini menyebabkan saya kena bawa beg (untuk menyalurkan air kencing) pergi ke mana-mana. Pada mulanya, doktor mahu memberi beg yang tak perlu bawa ke sana ke sini tetapi saya tidak mahu terima. Payah kalau hendak bergerak. Cuma beg ini saya perlu tukar, caranya sama ada saya pergi ke hospital buat pemeriksaan atau pihak hospital sendiri bawa ke mari seminggu sekali. Kalau hendak sembahyang, susah sikit tetapi tak perlu tukar cuma kena cuci d…

Ingin menulis

Tips Menulis
The art of writing can be reduced to a few simple rules. I share them with you now.

Rule No. 1: Show and Tell. Most people say, “Show, don’t tell,” but I stand by Show and Tell, because when writers put their work out into the world, they’re like kids bringing their broken unicorns and chewed-up teddy bears into class in the sad hope that someone else will love them as much as they do. “And what do you have for us today, Marcy?” “A penetrating psychological study of a young med student who receives disturbing news from a former lover.” “How marvelous! Timmy, what are you holding there?” “It’s a Calvinoesque romp through an unnamed metropolis much like New York, narrated by an armadillo.” “Such imagination!” Show and Tell, followed by a good nap.

Rule No. 2: Don’t go searching for a subject, let your subject find you. You can’t rush inspiration. How do you think Capote came to “In Cold Blood”? It was just an ordinary day when he picked up the paper to read his horoscope, and …

Melayu dan Dilema

Dilema Melayu pada hari ini
Mukadimah
TUN Dr. Mahathir Mohamad memang cukup dikenali dengan sifat punctual iaitu menepati masanya.Sesiapa yang pernah berurusan apatah lagi bekerja dengannya termasuk wakil media cukup arif dengan disiplin beliau itu.
Mungkin sebab itu, apabila menyedari temujanjinya dengan kami daripada Mingguan Malaysia, ZIN MAHMUD, MARHAINI KAMARUDDIN dan HAFIZAHRIL HAMID bersama jurugambar SAIFUL BAHARI ASHAARI pada Rabu lalu sudah terlewat beberapa minit, Dr. Mahathir pantas mendaki tangga curam Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, sebaik sahaja selesai komitmen sebelumnya.
Mencecah usia 87 tahun pada 10 Julai ini, stamina dan kecergasan Dr. Mahathir cukup dikagumi.
Jika beliau tidak melakukan aktiviti menunggang kuda yang menjadi kegemarannya, bukan sebab faktor usia atau kesihatan tetapi kerana kesibukannya walaupun tidak lagi bergelar Perdana Menteri.
“Saya sekarang bekerja tujuh hari seminggu," katanya. Namun beliau bukan mengeluh. Hakikatnya beliau tidak jemu…