Skip to main content

Peta minda perlu ditanam kepada pelajar

PELBAGAI perkara timbul ekoran daripada krisis ekonomi global yang bermula di Amerika Syarikat. Terkini sebuah rencana di dalam Wall Street Journal menyatakan kebergantungan masyarakat sekuriti dan perniagaan kepada golongan yang berkelayakan sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) telah menyumbang kepada krisis yang terbesar dalam sejarah.

Rencana tersebut membangkitkan beberapa kelemahan bagi mereka yang berkelayakan MBA. Pertama mereka terlatih kebanyakannya menyelesaikan masalah jangka pendek, mereka hanya mengutamakan nombor dan keuntungan, mementingkan keuntungan dan pulangan kepada pemegang saham.

Orientasi mereka menjurus banyak ke arah satu aliran sahaja dan tidak berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah secara jangka panjang, tidak berkeupayaan untuk mewujudkan suatu pelantar komunikasi dengan pelbagai golongan masyarakat.

Di Harvard Business School, salah sebuah universiti yang dulunya terkenal dengan program MBA kini dikritik kerana ketidakmampuan lulusan MBA mereka menangani masalah yang melingkupi ruang lebih luas daripada untung dan rugi. Pendekatan yang diambil di kebanyakan universiti yang mengajar MBA ialah kajian kes yang mana pelajar diberikan kes-kes syarikat atau organisasi yang mempunyai sesuatu masalah sehinggakan beratus-ratus kes ini akan diselesaikan oleh pelajar sebelum mereka lulus.

Kritikan utama tentang pendekatan ini ialah mereka tidak melihat suasana sebenar dalam penyelesaian kes-kes mereka dan mencipta masalah di dalam perniagaan adalah seperti kes-kes yang telah mereka selesaikan, sedangkan tidak ada satu keadaan yang sama dalam dunia sebenar.

Bagaimana pun ramai daripada mereka yang terlibat kini telah sedar bahawa apa yang diperlukan bukan sahaja kecerdikan daripada satu dimensi sahaja iaitu IQ tetapi pelbagai dimensi kecerdikan seperti emosi, spiritual, sosial dan kreatif.

Pakar utama minda, Tony Buzan menyarankan ditukar MBA (Master of Business Administration) kepada MBT (Master of Business Thinking) kerana di sanalah terletaknya kelemahan mereka yang lulus dengan MBA, ketidakupayaan untuk berfikir hingga ke akhirnya sesuatu masalah.






Tony Buzan yang telah menyampaikan ceramah tentang minda kepada lebih 350 juta manusia dan menulis sebanyak 100 buku dan diedarkan dalam pelbagai bahasa kepada 30 buah negara menggunakan suatu alat yang dipanggil peta minda atau mind mapping.

Alat ini memberikan ruang kepada seseorang untuk melihat sesuatu perkara secara keseluruhannya. Ia menggabungkan hubungan dengan kreativiti. Misalnya, jika seseorang itu memikirkan tentang percutian untuk keluarga. Ini terletak di tengah-tengah latihan peta minda. Ini kemudian diikuti dengan pelbagai cabang seperti negara-negara, syarikat penerbangan, aktiviti, hotel, makanan dan sebagainya.

Setiap satu cabang akan melahirkan banyak lagi cabang yang lain ekoran daripada sesuatu cabang. Misalnya penginapan mungkin apartmen khidmat atau hotel. Hotel pula boleh 4, 5 atau 6 bintang. Makanan boleh jadi masak sendiri, beli di kedai atau makan di restoran.

Setiap cabang dibezakan dengan warna-warni dan cabang-cabang ini tidak boleh lurus. Ia kena bengkok kerana minda kita katanya benci dengan perkara yang kaku, tegar. Minda manusia gemar kepada warna-warni dan kepelbagaian seperti anak-anak yang gemarkan lukisan sebelum mereka masuk sekolah.

Di sekolah guru akan melarang mereka menggunakan warna dan ini dengan sendirinya membunuh kreativiti kanak-kanak sehinggalah mereka dewasa.

Wajar kita melihat apa yang disarankan oleh Tony Buzan yang bukan saja pakar dalam bidang minda tetapi mempunyai minat yang kuat kepada sukan, puisi dan sukan mempertahankan diri. Dialah satu-satunya pakar yang wajar kita pelajari banyak perkara termasuk bagaimana menguatkan ingatan kita.

Dalam usaha kita untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi di kalangan rakyat dan tenaga kerja, inilah jenis latihan yang perlu ditanam kepada seberapa ramai yang boleh bermula dengan para guru dan pendidik.

Ia juga ada kaitannya dengan paradigma manusia yang sekian lama mementingkan IQ atau taraf kecerdikan seseorang yang wajar disertakan dengan kecerdikan emosi, spiritual dan kreativiti.






  


Kecenderungan kebanyakan kita ialah memberikan tumpuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan otak sebelah kiri iaitu logik dan matematik, sedangkan perkara seperti seni, puisi, muzik, sukan dan kreativiti datangnya daripada otak sebelah kanan.

Masa kini kita telah melihat mereka yang kuat menggunakan otak sebelah kanan menguasai pelbagai bidang dalam dunia seperti sukan, Tiger Woods, Roger Federer, Cristiano Ronaldo, Oprah Winfrey. Pelakon pula seperti Will Smith dan Angelina Jolie yang berpendapatan tertinggi.

Seperti biasa sebarang langkah perubahan perlu bermula dengan sistem pendidikan kita dan mana-mana bidang yang kita bukan pakar, wajar kita dapatkan kepakaran daripada luar.


DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).


Kredit : Utusan Malaysia Online, 20 Jun 2009  

Comments

Popular posts from this blog

Bursa saham dulu dan sekarang

  DALAM keadaan pasaran saham tidak menentu ekoran daripada krisis ekonomi global, saya terkenang kisah semasa bersama Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) dari 1984 sehingga 2003. Memang banyak pengalaman pahit, manis dan maung yang saya lalui. Saya berpeluang berkhidmat di bawah tiga pengerusi dalam jangka 19 tahun itu. Bermacam-macam kerenah mereka ini yang dapat saya perhatikan. Yang suka datang lambat bila mesyuarat, yang suka susun semula organisasi berkali-kali dan yang cekap buat kerja dalam semua bidang. Cekap dan pantas betul. Saya masih teringat pada awal perkhidmatan saya, semuanya berjalan secara manual. Dalam ruangan bilik seluas 2,500 kaki persegi pada tahun 1984 itu, berlari-larilah 50 orang kerani bilik dagangan mengambil pesanan dari syarikat broker. Mereka menggunakan signal tangan untuk menawar dan membeli saham yang kesemuanya tercatat atas papan hitam. Di atas lantai bilik tersebut penuh dengan wayar telefon bertali terus kepada kerani syarikat b

Nik Aziz dan masa lapang

Temubual Utusan Malaysia bersama Nik Aziz pada 12 Januari 2014. MINGGUAN: Apa khabar Tok Guru, nampak ceria. NIK AZIZ: Ceria sebab ada tetamu. Saya sebenarnya letih. Sekarang mudah letih. Kalau berbual pun letih, tak boleh lama. Bagaimana keadaan kesihatan Tok Guru secara keseluruhan? NIK AZIZ: Alhamdulillah. Untuk jantung, baterinya doktor kata buat masa ini, tidak perlu tukar lagi kerana masih molek. Bateri ini kurang bekerja kerana tidak begitu diperlukan memandangkan jantung saya masih gagah. Masalah saya sekarang ini adalah prostat. Masalah prostat ini menyebabkan saya kena bawa beg (untuk menyalurkan air kencing) pergi ke mana-mana. Pada mulanya, doktor mahu memberi beg yang tak perlu bawa ke sana ke sini tetapi saya tidak mahu terima. Payah kalau hendak bergerak. Cuma beg ini saya perlu tukar, caranya sama ada saya pergi ke hospital buat pemeriksaan atau pihak hospital sendiri bawa ke mari seminggu sekali. Kalau hendak sembahyang, susah sikit tetapi tak perlu tukar cuma kena cuc

Gelandangan

Gelandangan dan pengemis itu berbeza.