Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Tambang naik, kualiti pula bagaimana?

AKHIRNYA syarikat pengangkutan mendapat kenaikan tambang seperti yang dinantinantikan. Difahamkan kali terakhir mereka menerima kenaikan ini ialah pada 2005. Memang patut pun diberikan kenaikan kali ini. Orang ramai kini kena tanggung kenaikan lagi. Semuanya naik. Barang makanan naik, kos sara hidup pula sudah lama naik. Sejak minyak melambung sampai AS$140 setong Julai tahun lalu. Kini minyak sudah turun sehingga AS$61 setong tetapi harga barang tidak juga turunturun. Gaji tidak boleh naik sebab ekonomi negara masih lagi meleset. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyatakan, eksport negara akan jatuh lebih 21.8 peratus untuk tahun ini dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga akan jatuh lebih tinggi daripada ramalan awal negatif 2.2 peratus kepada negatif 4.2 peratus. Tahun depan jatuh lagi kepada negatif 3.8 peratus. Rakyat biasa mungkin tidak faham, naik atau turun KDNK. Mungkin ramai yang tidak ambil pusing. Yang rakyat biasa faham ialah tambang bas dan teksi

Martabat bahasa Melayu, bahasa Inggeris

PENGAJARAN dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah pun dibuat keputusan tentangnya. Ramai yang bersetuju, dan tidak kurang juga yang terkilan. Mereka yang bersetuju mengatakan ramai yang tidak mengikuti pembelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris kerana guru-guru mereka tidak fasih berbahasa Inggeris. Oleh itu ramai yang akan ketinggalan kerana tidak  dapat  menguasai ilmu tersebut dalam bahasa Inggeris. Ramai juga yang mengatakan langkah menggunakan bahasa Inggeris untuk Matematik dan Sains suatu tamparan kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu. Malangnya keputusan beralih balik kepada bahasa Melayu hanyalah untuk sekolah kebangsaan. Untuk sekolah Cina dan Tamil mereka menggunakan bahasa masing-masing. Kenapa begitu ya? Kalau kita lihat akhir-akhir ini, ramai kalangan siswazah universiti tempatan yang menganggur. Mengikut kajian daripada Unit Perancang Ekonomi selain daripada tidak mempunyai keyakinan diri, kebanyakan mereka yang menganggur tidak ma

Kesan Harga Minyak Naik

Klik gambar untuk baca lebih lanjut. Kredit : Sinar Harian