Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Emas sebagai alternatif pelaburan

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton. Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu. Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah deng

Sekilas pandang tentang perbuatan terkutuk

Saranan Salleh SAYA bertemu seorang kenalan semasa Hari Raya baru-baru ini. Dia seorang usahawan restoran yang begitu berjaya pada mulanya tetapi akhir-akhir ini tidak ramai lagi pelanggan yang datang ke restorannya. Dia merasa hairan kerana perniagaannya begitu merosot sedangkan mutu dan harga makanannya sama seperti pada mula-mula dibuka. Dia dinasihatkan oleh ahli keluarganya untuk mencari seseorang yang arif tentang perkara khianat mengkhianati. Dia bertemu seorang alim yang bukan bomoh dan diberitahu memang ada unsur khianat. Walaupun tidak diberitahu dengan jelas daripada apa yang dibayang-bayangkan kepadanya, dia dapat memastikan yang membuat khianat kepadanya ialah seorang tuan punya restoran yang juga pemilik bangunan di situ. Disebabkan sifat yang tamak dan berduit, dia sanggup menghancurkan periuk nasi orang lain. Dalam perniagaan, perebutan kuasa, bahagian pasaran, sabotaj menggunakan sihir dan ilmu hitam bukan lagi perkara baru, baik dalam perniagaan warung mahu pu

Budaya kerja universiti - Bahagian 2

Saranan Salleh SAYA berterima kasih kepada Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Radin Umar yang telah menjawab rencana saya pada hari Rabu 23 September yang lalu. Walaupun beliau mengakui kebenaran penciplakan di kalangan tenaga pengajar di Universiti Putra Malaysia (UPM), macam lain-lain perkara di Malaysia - kita menganggap peratusannya kecil dan berlaku hanya pada segelintir tenaga pengajar sahaja. Ada dua kemungkinan. Pertama perkara ini berlaku lebih ramai daripada yang dilaporkan. Kedua universiti yang terlibat tidak mahu melaporkan kerana publisiti begini tidak baik untuk imej universiti. Kita berasa tindakan yang diambil oleh pentadbiran UPM menjadi contoh kepada universiti-universiti yang lain. Maklumlah kita mempunyai 27,000 tenaga pengajar dan lebih 20 universiti awam. Hari ini orang boleh dapat ijazah kedoktoran tanpa pergi ke universiti. Serahkan saja teks-teks ucapan atau rencana yang pernah diterbitkan sudah boleh dapat ijazah kedoktoran tan

Budaya kerja universiti patut diubah

TERLEBIH dahulu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca. Maafkan saya sekiranya ada kata-kata saya yang terkasar, kurang sedap dibaca dan menyinggung perasaan sesiapa saja. Berita dua orang pensyarah universiti kita, UPM, didapati melakukan ciplak tentang sebuah buku bertajuk "Writing an Effective Resume" sungguh mengecewakan. Tidak hairanlah kalau ramai pelajar universiti hari ini dikatakan gemar "potong dan tampal" apabila dikehendaki menyiapkan projek kuliah. Sudahlah kedudukan kita di kalangan universiti di dunia semakin jatuh, berita penciplak di kalangan tenaga pengajar universiti kita akan memburukkan lagi keadaan yang sudah buruk. Saya difahamkan di sebuah universiti yang baru, tenaga pengajar yang menciplak bahan ini menjadi-jadi. Seorang pengarang akhbar terkenal di Malaysia mengatakan terjumpa suatu surat dalam bahasa Inggeris daripada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan berken

Tumpukan usaha tingkat daya saing negara

Saranan Salleh BANYAK berita menarik mengisi halaman akhbar minggu ini. Kelmarin, memuatkan pertandingan di dalam MIC antara “bom hidrogen” dengan “bom nuklear”. Inilah ceritanya yang tak habis-habis. Bila orang tegur bukan dia hendak ambil teladan tetapi marah pula. Orang beginikah yang akan melonjakkan daya saing negara kita ke tangga lebih tinggi? Tindak tanduk beginilah yang akan mendatangkan kesan yang tidak baik secara keseluruhannya kepada parti pemerintah. Laporan terkini tentang Forum Daya Saing Dunia (World Competitiveness Forum) menunjukkan kita jatuh daripada tangga 21 tahun lepas kepada tangga ke-24. Ada 12 faktor utama yang diambil kira dalam meletakkan negara di kalangan 133 ‘peserta’. Tiga bahagian utama ialah keperluan asas, peningkatan kecekapan dan faktor-faktor inovasi dan kecanggihan. Di bawahnya ada empat tunggak: Institusi – tangga ke-43 (dahulu 30), Prasarana 23 (26), Kestabilan Makroekonomi 42 (38), Pendidikan Kesihatan dan Rendah 34 (23). Di bawah fakto

Tanggapan yang wajar diberikan perhatian

Oleh DATO’ SALLEH MAJID TEMU bual dengan Tun Musa Hitam yang disiarkan di dalam Mingguan Malaysia, 30 Ogos 2009 yang lalu sesuatu yang menarik. Analisis Tun Musa tentang tanggapan golongan muda berkenaan UMNO memang tepat sekali dan wajar diambil kira oleh ahli-ahli UMNO. Pertama tanggapan tentang politik wang. Sudah menjadi pengetahuan umum semasa pemilihan pemimpin-pemimpin cawangan, bahagian dan negeri UMNO, banyak wang digunakan oleh pihak-pihak yang bertanding. Beberapa orang kenalan saya sendiri mengakui memerlukan banyak wang kerana pertandingan pada masa itu. Seorang imam berkelayakan arkitek dari sebuah negeri sebelah selatan yang masuk bertanding kalah di Bahagian kerana tidak mahu terlibat dengan politik wang. Ada suatu kefahaman di kalangan mereka yang terlibat melakukan perkara ini mewujudkan suatu suasana seolah-olah tidak ada apa-apa. Perebutan kuasa ini tidak kira di peringkat mana sekalipun berbeza sekali pada suatu masa dulu yang mana yang dipilih kadang kala me

Apa dah jadi, tak aman lagi...

Saranan Salleh AKHIR-AKHIR ini banyak ditimbulkan soal hak orang Melayu dan kontrak sosial. Keadaan yang pada suatu ketika, kita lihat seperti aman damai selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 bertukar seolah-olah tidak dapat dibendung lagi perasaan geram sesetengah orang sehinggakan mereka ini lupa akan sensitiviti orang Melayu. Malahan ada juga di kalangan pembangkang yang baru merasa kuasa setahun jagung sudah berani memperkecilkan agama Islam. Gelagat orang seperti ini boleh membangkitkan perasaan marah di kalangan orang Melayu yang sekian lama agak diam. Walau bagaimana pun ada juga di kalangan segelintir mereka yang membiarkan diri mereka dikudakan oleh orang yang lantang bersuara tidak mengira sentimen dan perasaan orang lain. Sikap orang Melayu telah dapat kita lihat dengan sikap tolak ansur yang berlaku di Pulau Pinang. Walaupun UMNO pada masa dulu memperolehi majoriti dalam kerajaan negeri, tetapi disebabkan sikap baik hati telah memberikan Gerakan memerintah Pulau Pina

Rancang persediaan hari tua

Kebanyakan kawan yang sebaya dengan saya sudah empat lima tahun bersara daripada pekerjaan mereka. Ada yang telah meneruskan kehidupan dengan membuka perniagaan dan ada juga yang bergantung kepada wang pencen daripada perkhidmatan kerajaan mereka. Tidak kurang juga yang kurang sihat menghidap kencing manis, darah tinggi, gout dan macam-macam lagi. Bagi mereka yang bekerja dengan syarikat swasta wang KWSP menjadi penyambung hidup. Ada juga yang bergantung semata-mata dengan pendapatan isteri mereka. Walau apa pun kesimpulannya adalah dua perkara. Pertama seseorang itu memerlukan sejumlah wang yang agak banyak juga untuk meneruskan kehidupan selepas bersara. Kedua sudah menjadi lumrah dunia apabila mencapai paras umur yang meningkat seperti 50 ke atas, seseorang itu boleh menghidap pelbagai jenis penyakit. Sekiranya dia seorang bekas pegawai kerajaan, rawatan untuk penyakit dibiayai oleh kerajaan tetapi bagi mereka yang bukan pegawai kerajaan, kos rawatan penyakit mungkin tinggi kal

Dulu lain sekarang lain

KALAU diamati perubahan di sekeliling kita, nescaya kita akan terkejut dengan apa yang berlaku sekarang. Dulu anak-anak minum susu ibu, sekarang ramai anak minum susu lembu. Dulu anak perempuan tidak boleh bebas, sekarang jumpa bayi dalam tandas. Dulu 'jahat-jahat' anak muda, kacau anak dara balik mengaji; sekarang mat rempit dan bohsia menjadi-jadi. Dulu guru didik anak murid macam anak sendiri, kalau nakal atau main-main kena pukul kena ketuk ketampi, balik rumah kena rotan lagi. Sekarang kalau anak murid kena jentik, guru sekolah akan kena 'titik'. Dulu guru ramai yang tinggi hemah, sekarang guru ada yang hisap dadah dan moral rendah. Dulu budaya Timur jadi panduan, sekarang budaya Barat habis-habisan jadi tiruan, lelaki bersubang bertatu di badan. Dulu dalam politik tolak menolak jawatan, sekarang cari tok cak, tok batin, tok sami dari sini sampai sempadan. Dulu suasana politik negara stabil, sekarang dah nampak kucar-kacir. Dulu pembangkang sikit sangat, sek

Masa untuk masuk pasaran saham?

ADA tiga perkara penting yang berlaku minggu ini. Pertama, berita penguasaan 31 peratus saham Bernas oleh sebuah syarikat Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. Ramai yang melahirkan rasa terkejut dan kecewa kerana satu-satunya syarikat terpenting di negara kita boleh dikuasai oleh sebuah syarikat asing. Seperti kata Datuk Dr. Zainal Aznam, ahli Majlis Ekonomi Negara, apa sebenar motif sebuah syarikat Hong Kong memiliki sebuah syarikat pengeluar beras. Kita semua tahu beras adalah makanan penting kepada rakyat Malaysia dan Bernas bermonopoli dalam perniagaan beras. Kita lihat sesiapa yang memiliki Bernas turut memiliki beberapa anak syarikatnya yang lain seperti Edaran Bernas Nasional Sdn. Bhd.(80 peratus), Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (61 peratus), Era Bayam Kota Sdn. Bhd. (60 peratus), Syarikat Faiza Sdn. Bhd. (51 peratus) dan YHL Holding Sdn. Bhd. (51 peratus). Kesemuanya Bernas memiliki saham majoriti dalam anak-anak syarikat ini. Bagaimana pihak Padi Beras Nasional Bhd (Bernas) ti

Bumiputera tak minat lagi saham amanah?

Dalam masa satu hari sahaja (21 Julai lalu), 1.6 bilion unit Amanah Saham Malaysia (ASM) habis dilanggan oleh golongan bukan Bumiputera selepas Bumiputera tidak melanggan baki yang diperuntukkan kepada mereka. Maka timbullah beberapa pertanyaan tentang kenapa golongan Bumiputera tidak mengambil unit-unit yang diperuntukkan. Adakah Bumiputera sudah cukup dengan unit-unit ASM yang ditawarkan selama hari ini dan tidak mahu lagi? Atau adakah Bumiputera tidak mampu lagi melanggan unit-unit saham amanah? Atau mungkinkah pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) tidak memasarkan unit-unit ini kepada Bumiputera kerana menyangkakan Bumiputera akan datang kepadanya dan dia tidak perlu pergi memajukan lagi kepada Bumiputera? Mungkinkah mereka yang ditanggungjawabkan dengan menjual unit-unit ini tidak ada sebarang galakkan dan bergantung semata-mata ihsan daripada wakil-wakil yang dilantik seperti Pos dan beberapa bank sahaja? Jawapan yang mungkin ramai menerimanya sebagai sebab ialah Bumiputera