Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Langkah menjadikan negara berpendapatan tinggi

TAHUN baru. Azam baru. Azam kita untuk keluar daripada kemelut terjerat dalam pendapatan pertengahan dan merapatkan jurang pendapatan yang semakin meluas di antara yang berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah. Azam kita untuk masuk golongan negara-negara berpendapatan tinggi memerlukan strategi bersepadu yang dihuraikan oleh Laporan Bank Dunia November lalu terdiri daripada langkah-langkah mengkhususkan lagi ekonomi, meningkatkan kemahiran tenaga kerja, membuatkan pertumbuhan lebih menyeluruh dan menyusun pulih kewangan awam. Kita perlu memberikan tumpuan kepada beberapa sektor bernilai tinggi dan berpotensi tinggi. Misalnya bidang-bidang seperti kewangan Islam, makanan halal, elektronik, industri-industri berdasarkan sumber alam dan pelancongan. Kesemuanya perlu berlatar belakangkan ekonomi yang menyokong pengetahuan. Dalam sedikit sebanyak kita diberitahu tentang Model Ekonomi Baru, kita turut dimaklumkan bahawa ia berteraskan kepada inovasi dan kreativiti. Ramai yang mungk

Maksimumkan kekuatan orang Melayu

MASA mula meninggalkan kita. Kita, orang Melayu. Jadi untuk tidak ketinggalan, kita perlu berusaha berlipat kali ganda. Kita perlu memberi tumpuan kepada bidang yang kita ada . Lagipun kita bukan ada kekuatan dalam semua bidang. Contohnya bidang pembinaan. Dengan lebih kurang 40,000 kontraktor kelas F, apa yang boleh kita katakan? Kalau ada beberapa kerat dalam kelas A, di mana mereka mendapat bekalan bahan? Kita tidak menguasai rantaian bekalan bahan binaan. Harga bahan tidak dapat dikawal selain yang sedia dalam senarai kawalan. Kalau ada kenaikan, kos projek juga berubah. Permohonan untuk mengubah kos (variation cost) perlu dibuat dan akhirnya boleh mengurangkan keuntungan. Amalan menyerahkan kerja kepada sub kontraktor juga berleluasa, tak tahulah berapa peringkat. Sub kontraktor terakhir mungkin dapat untung sikit sangat jadi dia pula akan “potong sana potong sini”. Itu yang membuatkan bumbung roboh, dinding berkulat dan runtuh. Kalau kita amati, kita ada kekuatan dalam bida

Setiap Hijrah banyak seruan supaya berubah

Saranan Salleh   DENGAN tidak disedari air mata kegembiraan mengalir semasa Negaraku dimainkan ketika pasukan bola sepak kita menerima pingat emas di Sukan SEA. Selepas 20 tahun ketandusan pingat emas, akhirnya K. Rajagopal dan anak-anak buahnya berjaya mengalahkan pasukan Vietnam untuk mendapatkannya. Tak kisahlah kalau bola terkena pemain lawan. Bola kena tangan Henry pun Perancis layak masuk Piala Dunia 2010. Syabas kita ucapkan kepada pasukan bola sepak negara. Saya masih ingat zaman bola sepak yang saya menonton di Stadium Merdeka bersama arwah datuk saya. Nama-nama seperti Robert Choo, Mokhtar Dahari, Arumugam, Khan Hung Meng, Santokh Singh, Ghani Minhat, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Soh Chin Aun dan berpuluh lagi yang bermain bukan kerana gaji tetapi kerana negara. Sebelum disebut-sebut Satu Malaysia, komposisi pasukan bola sudah mencerminkan 1Malaysia. Begitu juga dengan lain-lain sukan seperti baru-baru ini badminton wanita merangkul johan perseorangan dan bere

Ke arah Bursa Malaysia yang lebih digemari

Saranan Salleh   BARU-BARU ini Bursa Malaysia menjadi tumpuan dalam perbahasan di Parlimen. Ada ahli Parlimen yang ingin tahu tentang prestasi bursa kita secara umum. Merujuk perangkaan oleh Persekutuan Bursa Dunia (World Federation of Exchanges) berkenaan jumlah nilai dagangan bursa kita setakat akhir Oktober 2009 ialah AS$72.25 bilion. Penurunan sebanyak 34.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jika dilihat jiran-jiran kita seperti Indonesia, nilai dagangannya ialah AS$81.57 bilion. Kejatuhan sebanyak 25.5 peratus berbanding 2008. Singapura mencatat nilai dagangan tertinggi dalam ASEAN iaitu sebanyak AS$208.9 bilion, penurunan sebanyak 16.6 peratus berbanding 2008, Thailand yang dipenuhi dengan satu demi satu tunjuk perasaan, mencatat nilai lebih tinggi daripada kita iaitu AS$106.31 bilion, jatuh hanya sebanyak 3.2 peratus berbanding 2008. Sementara Filipina pula menunjukkan kenaikan sebanyak 4 peratus kepada AS$16,455. Di rantau ASEAN bursa kitalah yang menunjukkan

Manusia sentiasa memakai topeng

Saranan Salleh   SEBENARNYA sebelum merebaknya penyakit H1N1 manusia kebanyakannya telah memakai topeng. Topeng yang selalunya dipakai oleh manusia begini tidak nampak. Jarang sekali kita mendapati manusia menunjukkan dirinya yang sebenar. Diri yang dilihat oleh orang ramai dengan diri yang sebenar selalunya berbeza. Misalnya kepada umum seseorang pemimpin masyarakat itu boleh menunjukkan bahagian dirinya yang alim, warak, kerap menasihati orang berbuat baik tetapi dirinya yang sebenar jauh berbeza. Kadang-kadang kita tahu orang itu menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan kepadanya tetapi kepada umum dia tidak menampakkan bahagian yang dia menyalahgunakan kuasa tetapi menampilkan bagaimana dia taat sekali menjalankan amanah yang diberi kepadanya. Hanya mereka yang menjadi mangsa kepada penyalahgunaan kuasanya saja yang tahu diri manusia itu sebenarnya. Oleh sebab mangsa takut atau diancam akan dilakukan sesuatu terhadapnya, mangsa akan terus berdiam diri. Ada juga yang menyala

Amalan sentiasa nafikan kelemahan

Saranan Salleh   RABU lalu semasa sesi soal jawab selepas ceramah yang saya sampaikan kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan tentang cabaran ekonomi semasa, seorang peserta wanita telah bertanya; kenapa orang kita apabila dinyatakan tentang sesuatu kelemahan, mereka sama ada tidak mahu mengakui atau menerima ataupun menafikannya. Beliau dengan beberapa orang pegawai lain pernah membuat lawatan sambil belajar ke Singapura pada suatu masa dan melihat cara pengurusan dan pengawalan beberapa sistem yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Mereka melihat betapa berkesan dan cekap pelaksanaan dan penguatkuasaan yang dijalankan di sana. Balik ke sini beliau telah membangkitkan kepada ketua-ketua beliau dalam suatu forum tentang apa yang dilihat beliau tentang perancang bandar, kemudahan awam yang disediakan, perkhidmatan pengangkutan dan pelbagai perkara lain yang perlu dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat terutama sekali dari sudut reka bentuk bandar yang memu

Malaysia disaran wujud 'ruang gegar inovasi'

SAYA tertarik dengan berita tentang ucapan Dr. Shahid Yusuf, pakar Bank Dunia berkenaan isu-isu pembangunan pada suatu seminar dikelolakan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Nasional pada hari Khamis 19 November yang lalu. Beliau mengatakan Malaysia kurang memiliki 'ruang gegar inovasi' ( innovation hotspots ) untuk melonjakkan pembangunan teknologi tempatan. Untuk mewujudkan ruang gegar ini mengambil masa lima atau sepuluh tahun. Ia memerlukan komitmen kerajaan menerusi peningkatan mutu pendidikan dan pembiayaan penyelidikan yang mewah. Keperluan utama untuk mewujudkan ruang ini ialah mengadakan pusat-pusat penyelidikan asas dan yang diguna pakai serta mampu menghasilkan idea-idea berlebihan dan bakat keusahawanan untuk dikomersialkan. Menurut Dr. Shahid pusat-pusat ini boleh mengandungi universiti-universiti terbaik, institusi penyelidikan atau firma yang memiliki pelbagai jenis penyelidikan. Suatu suasana bandar yang terbuka, selesa, mampu dijangkau oleh ramai pihak dan

Elok melabur dalam bentuk emas

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas. Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau. Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika. Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka. Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Melonjak ke tahap rantaian nilai lebih tinggi

Saranan Salleh ADA beberapa perkara yang mungkin tidak menarik perhatian orang ramai tentang Bajet 2010 baru-baru ini. Pertama ialah perubahan pusat latihan pegawai awam INTAN kepada sebuah pusat latihan antarabangsa. Dengan ini INTAN akan meluaskan skop latihan kepada lebih luas lagi bidang dan lebih ramai lagi tenaga pengajar daripada pelbagai institusi dan universiti antarabangsa. Nama-nama Universiti seperti Stanford, Harvard, Carnegie Mellon, Wharton School of Finance misalnya dari Amerika Syarikat dan INSEAD, IMEDE dari Eropah terbayang sebagai universiti yang terkenal di dunia. Selalunya mereka yang menjadi tenaga pengajar di universiti-universiti tersebut terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam sesuatu industri. Di sinilah rancangan untuk mendedahkan pegawai kerajaan terhadap pengalaman dalam sektor swasta melalui perlekatan dengan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLCs). Ia adalah suatu langkah yang wajar dalam usaha melengkapkan pengalaman pegawai-pega

Bajet 2010 faedahnya menyeluruh

Saranan Salleh BAJET 2010 sudah dibentangkan. Seperti biasa bukan semua orang puas hati. Sudah tiada apa hendak dibangkang, bayaran RM50 untuk kad kredit pun jadi hal. Kalau kita lihat gaya bank mempromosikan kad kredit mereka, sampai buka gerai di pusat-pusat membeli-belah di merata tempat dan di stesen minyak. Ertinya begitu agresif menyuruh rakyat negara ini hidup dengan kredit. Maka ramailah yang berhutang sehingga tak terbayar dan ramai jugalah yang menyumbang kepada institusi kad kredit ini dengan kadar faedah lebih kurang 18 peratus setahun. Kehidupan gaya kredit inilah yang membuatkan Amerika Syarikat mengalami krisis ekonomi yang teruk mulai 2008 dahulu. Amalan berhutang ini lebih banyak buruknya daripada baik kecuali dalam keadaan kecemasan atau terdesak misalnya hospital tidak mahu merawat kes kecemasan waris kita kalau tidak dibayarkan cengkeram. Maklumlah sekarang ini kalau hendakkan rawatan di hospital swasta dalam kes kecemasan sekalipun kena bayar cengkeram dulu. M

Perlunya didikan agama diberi keutamaan

KADANG-KADANG kita terfikir, adakah kita memberikan masa yang setimpal kepada pengajian agama jika dibandingkan dengan masa yang kita berikan kepada pelajaran biasa. Misalnya enam tahun untuk sekolah rendah, ditambah dengan lima tahun sekolah menengah, dicampur dengan dua tahun tingkatan enam dan tiga atau empat tahun untuk ijazah sarjana muda, dua tahun untuk sarjana dan mungkin empat tahun untuk ijazah kedoktoran. Antara 21 hingga 23 tahun tempoh masa dikhaskan untuk sekolah dan universiti. Sedikit sangat terdapat dalam 21 tahun itu dimasukkan pengajian agama kecuali kalau seseorang itu mencari sendiri guru yang boleh membimbing sehingga betul-betul memahami apa yang diperlukan untuk menjadi seorang insan yang beriman. Masalahnya bermula dengan ibu bapa yang mungkin tidak mengambil berat tentang perlunya anak-anak mendapat pengajian agama yang lengkap bukan setakat pandai membaca al-Quran sahaja. Kalau ada pun kelas sebelah petang untuk sekolah agama selalunya hanyalah setakat se