Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Antara tersurat dan tersirat FIC

Saranan Salleh PENGUMUMAN Selasa 30 Jun lepas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang tidak perlu lagi syarikat yang ingin disenaraikan memperuntukkan 30 peratus sahamnya kepada Bumiputera menunjukkan ketidakberkesanan sesuatu peraturan. Sejak 1970 Jawatankuasa Pelaburan Asing diberi tanggungjawab untuk memastikan hak milik Bumiputera dalam ekuiti syarikat. Malangnya selepas 39 tahun hanya 19.4 peratus sahaja daripada sasaran 30 peratus yang tercapai. Walaupun ini suatu kejayaan jika dibandingkan dengan 2 peratus hak milik Bumiputera dalam tahun 1970, banyak kelemahan terdapat dalam pelaksanaan pencapaian dasar tersebut. Kelemahan-kelemahan seperti saham diperolehi oleh golongan tertentu sahaja yang tanpa modal sendiri meminjam daripada bank dan menjual di hari penyenaraian saham syarikat. Dalam tahun-tahun 1980-an dan 1990-an sememangnya pasaran saham yang rancak memberikan pulangan yang lumayan kepada mereka yang beruntung mendapat peruntukkan saham. Lazimnya

Antara perpaduan, penjenamaan, rombakan

Oleh Saranan Salleh TIGA perkara penting menjadi perhatian ramai akhir-akhir ini. Pertama cadangan perbincangan kerajaan perpaduan yang disyorkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan UMNO yang telah ‘dikebumikan’ sebelum diberi peluang untuk bernyawa. Memanglah mungkin orang Melayu tidak akan   dapat   bersatu padu. Dalam Pas sendiri cadangan tersebut ditentang oleh barisan pemimpin sendiri. Apatah lagi di kalangan sekutu Pas, DAP dan PKR. Sehinggakan Hadi terpaksa melupakan hasrat untuk berbincang tentang kerajaan perpaduan. Cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan di kalangan Pas dan UMNO menyebabkan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dalam blognya mengemukakan persoalan kepada masyarakat Cina sama ada MCA patut keluar daripada BN atau tidak. Mengikutnya 75 peratus mengatakan persetujuan kewajaran tersebut. Apakah tujuan sebenar Tee Keat membuat kajian tersebut di kala Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap tentang Satu Malaysia? Mungkin beliau ingin menggunakan ke

Peta minda perlu ditanam kepada pelajar

PELBAGAI perkara timbul ekoran daripada krisis ekonomi global yang bermula di Amerika Syarikat.   Terkini   sebuah rencana di dalam Wall Street Journal menyatakan kebergantungan masyarakat sekuriti dan perniagaan kepada golongan yang berkelayakan sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) telah menyumbang kepada krisis yang terbesar dalam sejarah. Rencana tersebut membangkitkan beberapa kelemahan bagi mereka yang berkelayakan MBA. Pertama mereka terlatih kebanyakannya menyelesaikan masalah jangka pendek, mereka hanya mengutamakan nombor dan keuntungan, mementingkan keuntungan dan pulangan kepada pemegang saham. Orientasi mereka menjurus banyak ke arah satu aliran sahaja dan tidak berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah secara jangka panjang, tidak berkeupayaan untuk mewujudkan suatu pelantar komunikasi dengan pelbagai golongan masyarakat. Di Harvard Business School, salah sebuah universiti yang dulunya terkenal dengan program MBA kini dikritik kerana ketidakmampuan lulusan MBA mereka

Sekilas pandang model ekonomi baru

AKHIR-AKHIR ini kita diberitahu yang struktur ekonomi kita kena diubah. Matlamatnya supaya pekerja akan mendapat pendapatan yang lebih tinggi melalui usaha-usaha yang lebih inovatif dan kreatif. Pada suatu masa dulu, pendapatan pekerja kita sama dengan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. Tapi kini mereka telah jauh meninggalkan kita. Apakah pada suatu masa, kita perlu memikirkan ada baiknya negara memiliki gaji pekerja terendah kerana ini   dapat   menarik pelabur asing yang mencari tempat pelaburan dengan kos pengurusannya lebih murah daripada negara asal mereka. Apabila negara-negara seperti China, Vietnam dan India muncul dengan beberapa reformasi ekonomi negara masing-masing, tenaga pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih rendah daripada kita. Ini membuatkan tumpuan pelabur asing mengalihkan tumpuan pelaburan mereka kepada negara-negara tersebut. Bagi negara seperti Singapura dan Hong Kong, mereka telah berjaya meningkatkan tahap pengeluaran ke tahap yang lebih tinggi

Fahami dahulu selok-belok pasaran saham

Oleh Saranan Salleh SEKITAR tahun 1980-an dan 1990-an terdapat banyak syarikat broker saham, mungkin lebih 65 buah. Pada awalnya syarikat-syarikat broker saham itu perlu hanya modal berbayar sebanyak RM2 juta berbanding sekarang sebanyak RM150 juta dan syarikat bank pelaburan RM250 juta. Banyak syarikat broker yang wujud pada masa itu sudah bertukar tangan atau bergabung. Sebab utama mereka terpaksa menjual syarikat ialah kerana tidak mampu menaikkan modal berbayar. Ini kerana pihak berkuasa menaikkan paras minimum modal itu kepada RM25 juta sebelum meningkatkannya kepada RM50 juta dan seterusnya RM150 juta. Kebanyakan syarikat yang menjual lesen mereka ini ialah syarikat Bumiputera seperti SJ Securities, Mohaiyani Securities, Alor Star Securities, Perbadanan Kemajuan Negeri Johor, Perlis, Terengganu (ada yang tak sampai setahun pun). Fasa pembangunan seterusnya membabitkan penggabungan beberapa syarikat yang menjadikan jumlah dalam industri bertambah kecil. Diikuti pula ol

Terkenang yang tulus, yang kudus

Saranan Salleh ANTARA detik-detik sejarah yang tidak dapat saya lupakan ialah keruntuhan saham syarikat Pan Electric yang diperdagangkan di kedua-dua bursa saham Kuala Lumpur dan Singapura pada 1985. Keruntuhan yang membawa bersamanya beberapa anak syarikat lain ialah milik bekas Presiden MCA ketika itu, Tan Koon Swan. Sebab utama kejatuhan itu ialah suatu skim yang dipanggil "kontrak hadapan" iaitu penjualan saham pada jangka masa di hadapan pada harga yang ditetapkan hari ini dan apabila harga itu tidak tercapai, saham syarikat itu jatuh seperti domino. Jawatankuasa Bursa Saham memanggil Koon Swan. Saya tidak boleh lupa rayuannya kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa tersebut. Kejatuhan itulah titik permulaan kejatuhan politiknya juga. Ketika itu, kedua-dua bursa saham tidak ada sistem amaran awal yang boleh mengesan sebarang salah laku di pasaran. Selepas itu bukan sahaja kedua-dua bursa menubuhkan Jabatan Amaran Awal malah Akta Perindustrian Sekuriti dimuatkan dengan peruntuk

Aura Dr. Mahathir jual nama Malaysia

SISTEM depositori pusat yang diperkenalkan menyelesaikan banyak masalah berkaitan dengan sijil. Sebelum diwujudkan, pelbagai masalah dihadapi oleh bursa, syarikat pendaftar dan pelabur. Terdapat masalah sijil palsu, sijil berlebihan daripada jumlah saham syarikat dan pertukaran hak milik tidak berlaku serta merta kerana sebarang pertukaran dilakukan oleh syarikat pendaftar berkenaan. Kemasukan sijil-sijil saham syarikat dilakukan dengan berperingkat-peringkat. Seperti lain-lain perubahan yang baru diperkenalkan, ada saja yang membantah. Ada yang mengatakan mereka ingin tidur dengan sijil saham mereka dan menyimpannya ke dalam sistem depositori itu akan membuatkan mereka risau! Satu perkara yang saya pelajari dalam melakukan perubahan ialah ada sahaja yang menentang. Semasa kerani bilik dagangan hendak digantikan dengan komputer, mereka menentang bermati-matian. Saya terpaksa berjumpa mereka di luar seorang diri. Bayangkan berdepan dengan orang yang sedang marah kerana periuk

Bursa saham dulu dan sekarang

  DALAM keadaan pasaran saham tidak menentu ekoran daripada krisis ekonomi global, saya terkenang kisah semasa bersama Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) dari 1984 sehingga 2003. Memang banyak pengalaman pahit, manis dan maung yang saya lalui. Saya berpeluang berkhidmat di bawah tiga pengerusi dalam jangka 19 tahun itu. Bermacam-macam kerenah mereka ini yang dapat saya perhatikan. Yang suka datang lambat bila mesyuarat, yang suka susun semula organisasi berkali-kali dan yang cekap buat kerja dalam semua bidang. Cekap dan pantas betul. Saya masih teringat pada awal perkhidmatan saya, semuanya berjalan secara manual. Dalam ruangan bilik seluas 2,500 kaki persegi pada tahun 1984 itu, berlari-larilah 50 orang kerani bilik dagangan mengambil pesanan dari syarikat broker. Mereka menggunakan signal tangan untuk menawar dan membeli saham yang kesemuanya tercatat atas papan hitam. Di atas lantai bilik tersebut penuh dengan wayar telefon bertali terus kepada kerani syarikat b

Daya saing, gaji tinggi, inovatif dan kreatif

SAYA tertarik dengan hasrat untuk meningkatkan tahap gaji pekerja kita kepada tahap yang lebih tinggi. Maknanya gaji pekerja kita lebih tinggi daripada sekarang. Ini sesuatu yag sudah lama patut dilakukan. Dulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja. Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka. Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus. Kalau tengok Singapura, menteri mereka gaji paling lumayan. Perdana Menteri mereka gaji berpuluh ganda gaji Presiden Amerika Syarikat. Sebab apa? Sebab orang putih kata, "kita bagi kacang, kita dapat monyet." Yang naik berpuluh kali ganda di negara kita bukan gaji pekerja tapi harga rumah, harga hartanah naik gila-gila. Sebab apa? Bukan orang yang

Antara liberalisasi dan selesema babi

Terdapat beberapa isu penting yang berlaku minggu lalu. Malapetaka besar yang melanda dunia ialah selesema babi yang bermula di Mexico City dan sudah merebak di tujuh buah negara di dunia. 159 orang dikatakan telah mati di Mexico City dan penutupan perniagaan di sana dikatakan telah menyebabkan kerugian sebanyak AS$57 juta sehari. Perlawanan bola dikatakan berlangsung tanpa penonton. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru saja meningkatkan paras berjaga-jaga kepada 5 pada 29 April lalu, suatu tanda yang 'pandemik' pasti berlaku. Penyakit yang boleh merebak melalui manusia juga dikatakan boleh merebak melalui burung. Pemeriksaan dan saringan yang dilakukan di lapangan-lapangan terbang di bandar-bandar di dunia tidak dapat mengenal pasti dengan sah pembawa penyakit ini. Begitulah ketentuan Allah. Apabila balasan diturunkan kepada manusia atas sesuatu yang telah dilakukan oleh manusia seperti pembunuhan, pencabulan, kerosakan kepada alam yang berleluasa, balanya terkena ke

Amanah Saham - Suatu Kemenangan

PELANCARAN Minggu Amanah Saham di Johor Bahru minggu lalu mengingatkan saya kepada zaman ketika berkhidmat di Amanah Saham Nasional pada 1978. Ketika itu ia baru ditubuhkan dan saya diterima di sana sebagai Pengurus Pemasaran ASNB. Ketika itu, bagaimana bentuk skim saham amanah yang akan ditawarkan kepada masyarakat bumiputera belum lagi ditentukan. Kami disuruh oleh pihak atasan menjelajah ke seluruh negara untuk berceramah mengenai kebaikan melabur dalam saham amanah. Saya telah mengambil seramai 50 pegawai pemasaran untuk bertugas di seluruh negara. Salah seorang tokoh yang selalu membantu berceramah bersama kami pada masa itu ialah Menteri Besar Johor sekarang, Datuk Seri Abdul Ghani Othman. Ketika itu, beliau ialah Dekan Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya. Turut bersama kami ialah Profesor Manaf, juga dari Universiti Malaya. Bayangkan bagaimana kami menerangkan tentang kebaikan saham amanah secara umum sahaja kerana pakej skim tersebut belum ditentukan lagi. Untuk memb