Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Kenapa kita perlukan Model Ekonomi Baru

KENAPA negara kita memerlukan Model Ekonomi Baru (MEB)? Kita sudah ditinggalkan oleh jiran-jiran kita. Pelaburan asing walaupun ada datang tetapi sudah berkurangan. Syarikat swasta kita sendiri tidak melabur dalam negara sendiri. Mereka pergi ke tempat lain untuk mencari keuntungan. Kita terlekat dengan pendapatan pertengahan. Negara-negara yang satu masa dulu sama taraf pendapatan dengan kita seperti Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kini telah jauh meninggalkan kita. Pendapatan perkapita kita hanya setakat AS$7,000 (RM23,100) sedangkan negara yang sama taraf dengan kita satu masa dulu sudah meningkat dua hingga lima kali ganda daripada perkapita kita. Kenapa pelaburan asing berkurangan? Syarikat asing memberikan pelbagai sebab mengapa mereka tidak lagi datang ke sini. Pertama, industri kita masih lagi bertumpukan industri bergaji rendah dan teknologi rendah yang kurang nilai tambahnya dalam produk keluaran. Kedua, bagi industri berteknologi tinggi, kita tidak memilik

Model ekonomi baru dan agenda Melayu

TIDAK lama lagi Model Ekonomi Baru (MEB) akan diumumkan. Teka-teki tentang apakah kandungan model itu masih berterusan. Setakat ini, yang kita tahu hanya inovasi, kreativiti dan pendapatan tinggi. Itu saja. Lain daripada itu, agak sendirilah. Pada Ahad lalu, satu perbincangan meja bulat tentang perkara tersebut anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) telah diadakan. Perkara utama yang dibincangkan, apakah MEB ini akan mengambil kira beberapa kelemahan di kalangan orang Melayu pada hari muka. Kelemahan dari segi pendapatan yang rendah, kelemahan dari segi jurang pendapatan antara kaum yang kian meluas, jurang antara Melayu bandar dan luar bandar yang luas dan pencapaian masyarakat perniagaan dan perdagangan Melayu setakat ini yang belum setakat mana dan penguasaan orang lain atas ekonomi negara kita. Kelemahan-kelemahan itu tidak payah diulang berkali-kali kerana umum mengetahui penguasaan orang Melayu dalam ekonomi neg

Sikap tikam menikam belakang masih wujud

Kadang-kadang mengenali seseorang sebagai rakan kongsi perniagaan selama tiga puluh tahun tidak cukup untuk diberikan kepercayaan dan boleh lagi berpaling tadah menyokong rakan perniagaan yang baru. Sudahlah begitu, dengan orang baru ini pula dirancang untuk menyingkirkan rakan lama itu daripada syarikat. Krisis kewangan pada tahun 1997/98 telah menyebabkan banyak perniagaan mengalami kemerosotan dan kepincangan termasuklah syarikat broker saham. Rakan-rakan kongsi syarikat terpaksa menjual saham milik masing-masing kepada orang lain. Dengan terjual sebahagian besar saham syarikat secara keseluruhan, layaklah badan baru ini melantik rakan baru selaku wakil. Tiada siapa pun menyedari belang sebenar orang baru ini. Bercita-cita tinggi sehingga ingin menjadi tampuk utama syarikat walaupun boleh dianggap setahun jagung. Disebabkan seorang daripada rakan lama syarikat ini tidak lagi layak menerajui syarikat tersebut oleh pihak berkuasa, rakan seorang lagi yang layak memegang tampuk syar

Dialog dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negara

BEBERAPA kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NG0), usahawan Bumiputera Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah berpeluang memberikan pandangan mereka tentang Model Ekonomi Baru(MEB) kepada Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Tan Sri Amirsham Aziz pada hari Khamis 25 Februari yang lalu. Di antara isu yang dibangkitkan dalam dialog tersebut ialah kebimbangan usahawan Bumiputera tentang apakah bentuk MEB ini dan sama ada kepentingan Bumiputera akan diketepikan. Kalau kebimbangan ini tidak ditangani dan ciri-ciri MEB ini telah diselesaikan mungkin agak terlambat untuk menyuarakan kebimbangan golongan ini. Pada pertemuan hari tersebut itu, disampaikan pendirian NGO-NGO ini bahawa perhatian dan peruntukan kerajaan kepada usahawan Bumiputera perlu diteruskan. Apa jua projek di bawah MEB dan Rancangan malaysia Kesepuluh (RMK-10) nanti perlu memasukkan projek-projek pembangunan usahawan Bumiputera. Selepas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan segala-segala yang berkaitan deng

Singkir peniaga bersikap 'brutal'

SEKARANG kita boleh melihat taring sebenar usahawan bukan Melayu apabila ada di kalangan mereka mencadangkan perniagaan patut 'brutal', ertinya bersikap kejam. Yang mana kuat boleh buat sesuka hati dengan yang lemah. Juga segala subsidi patut dibuang dan kerajaan tidak patut jadi 'big brother' (abang sulung). Mereka ini lupa sistem pasaran bebas inilah yang menyebabkan keruntuhan ekonomi di Amerika Syarikat dan seterusnya di seluruh dunia. Apabila semua sudah runtuh, ke mana mereka meminta bantuan kalau tidak kepada kerajaan. Sehingga sekarang, belum boleh dikatakan dunia sudah keluar daripada kemelut ekonomi yang melanda. Di kawasan eurozone, Greece menghadapi masalah besar, begitu juga Iceland dan Sepanyol yang dikenali dengan nama 'the sick man of Europe' (orang sakit Eropah). Seperti yang dinyatakan oleh Kunta Kinte, orang-orang seperti Francis Yeoh, Robert Kuok, Ananda Krishnan, Lim Goh Tong dan Vincent Tan semuanya kaya-raya disebabkan pertolongan keraj

Pusat setempat untuk pembangunan usahawan

FORUM sehari “Usahawan Melayu Kini di Persimpangan, Digugat dan Digigit” yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 19 Januari yang lalu mendapat perhatian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengadakan suatu perjumpaan dengan wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO), Dewan Perniagaan Melayu, Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan beberapa persatuan usahawan Bumiputera di Putrajaya pada 26 Januari yang lalu. Mustapa membawa bersama-sama beliau kedua-dua Timbalan Menteri, pegawai-pegawai kanan kementerian serta ketua-ketua agensi di bawah MITI. Beliau bersetuju mendengar rintihan mereka yang hadir, walaupun pada masa-masanya penuh emosi dan suara lantang. Antara perkara yang dibangkitkan oleh para hadirin pada hari itu ialah sikap pegawai kerajaan yang memandang lesu kepada pembangunan usahawan Bumiputera, pegawai-pegawai bank yang tidak langsung mahu memberi peluang kepada usahawan Bumiputera, terutama seka

Iklan pengaruhi gaya hidup manusia

Iklan satu-satunya alat perniagaan yang memainkan peranan yang penting kepada pelbagai golongan orang. Stesen televisyen, radio, akhbar, majalah semuanya hidup atas iklan yang disumbang oleh peniaga. Pada tahun 2009, nilai iklan untuk Malaysia berjumlah RM2.9 bilion, kurang hanya 1 peratus daripada tahun sebelumnya. Bayangkan dalam keadaan ekonomi merosot, peniaga masih lagi gah untuk beriklan. Salah satu rancangan yang paling popular di televisyen ialah Liga Premier Inggeris. Begitu hebat pengaruh pasukan bola tersebut sehinggakan kita boleh melihat kumpulan penyokong kelab masing-masing di sini. Untuk menaja pertandingan tersebut, Bank Barclays membayar 87 juta pound atau hampir RM480 juta untuk dua musim selaku penaja. Bayangkanlah nilai yang diletakkan kepada pertandingan tersebut. Syarikat AIG yang hampir muflis di Amerika Syarikat masih sanggup menaja kelab Manchester United. Kenapa? Mereka tahu yang menonton rancangan tersebut terdiri daripada penonton seluruh dunia dan juml

Dilema usahawan Bumiputera selepas MECD

ALKISAH tidak berapa lama dahulu timbul hasrat hendak menubuhkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Objektifnya adalah untuk membantu usahawan Bumiputera berdaya saing, berdikari, mapan dan produktif serta membangunkan industri kecil dan sederhana yang berdaya tahan. Maka timbullah Strategi MPPB 2 yang mengandungi pelaksanaan mekanisme pemantauan dan penilaian yang lebih berkesan, penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bumiputera dan dewan perniagaan, pengukuhan peranan agensi amanah, syarikat milik kerajaan (GLC) dan koperasi, pelaksanaan inisiatif sektor awam, pelaksanaan inisiatif sektor swasta serta pewujudan kerjasama erat antara sektor awam dan swasta. Inisiatif kerajaan dan swasta ini dilaksanakan melalui 13 Kluster iaitu Kluster: Bangunan dan Pembinaan, ICT dan Telekomunikasi, Niagatani, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan dan Sumber Manusia, Pertahanan dan Aeroangkasa, Pengangkutan dan Logistik, Bioteknologi dan Biofarmasi, Industri Automotif, Pe