Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Kepuasan bagi saya sangat mudah

Mukadimah PROFESOR Diraja Ungku Abdul Aziz UNGKU ABDUL HAMID merupakan tokoh ulung yang telah begitu banyak menyumbang bakti kepada negara. Berdasarkan idea-idea bernasnya ketika lebih 20 tahun menjadi Naib Canselor, Universiti Malaya menjadi antara universiti terunggul di rantau ini sehingga sekarang. Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Tabung Haji dan ANGKASA. Namun kini namanya semakin terpinggir mungkin kerana usianya agak lanjut tetapi tiada sesiapapun boleh menafikan sumbangan dan jasanya pada negara. Walaupun mungkin agak terlewat, beliau sebenarnya baru sahaja menginjak ke usia 90 tahun pada 28 Januari lepas. Namun pada usia sedemikian, beliau yang lebih selesa dipanggil Pak Ungku masih tetap cergas, sihat dan lebih mengagumkan memorinya masih tetap kukuh dalam ingatan. Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, Hafizahril Hamid dan Khairunnisa Sulaiman, Pak Ungku begitu ceria berkongsi pengalaman hidup dan rahsia beliau panjang umur. Namun bagi beliau tidak