Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Satu kes yang wajar diberikan renungan

SARANAN SALLEH INI adalah kisah benar. Seorang peniaga warung yang telah berniaga nasi ayam dan nasi campur selama 12 tahun di atas tanah milik seorang pesara di sebuah kawasan dalam Kuala Lumpur. Apabila Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir atau Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) hendak dibina, perniagaan dia terpaksa ditutup untuk membuka jalan bagi pembinaan terowong tersebut. Pada masa itu dia dapat tahu bahawa tanah yang disewanya sebanyak RM1,200 sebulan selama 12 tahun sebenarnya tanah kerajaan. Oleh itu apabila ditutup warung peniaga tersebut, jabatan yang berkenaan, Jabatan Saliran sepatutnya memberikan pampasan ke atas penutupan perniagaan tersebut. Dengan penutupan tersebut maka bermulalah masalah peniaga tersebut. Dia telah dirujuk kepada Pejabat Tanah Wilayah yang berjanji akan memberitahu Jabatan Saliran tentang pampasan yang patut diberikan. Kemudian dia telah berhubung dengan Jabatan Saliran dan juga bertemu dengan pegawai jabatan tersebut

Sebelum kutuk, fahami cadangan hidupkan semula BSB

SAYA telah dikutuk kerana mencadangkan dihidupkan semula Bursa Saham Bumiputera (BSB). Ramai kalangan yang memberikan pandangan tentang cadangan tersebut termasuk orang kita sendiri yang mengatakan cadangan itu membuang masa dan tidak berguna. Sememangnya apa jua cadangan berkaitan dengan kebaikan untuk golongan Bumiputera semuanya tak baik dan membuang masa. Mereka yang memberikan pandangan (akhbar The Star kelmarin) tidak tahu butir-butir tentang cadangan tersebut. Ada yang mengatakan kalau dulu sudah gagal mengapa sekarang akan berjaya. Mereka tidak tahu kegagalan dulu disebabkan tidak ada suatu sistem – baik sistem dagangan, hantaran atau penjelasan bayaran. Tunggang langgang. Mereka yang hendak beli dan jual saham kena tunggu berbulan-bulan untuk mencari pembeli atau penjual. Sebenarnya kalau ada sistem pasaran, saham itu boleh berjaya. Kerajaan sendiri telah memberikan peruntukan dalam Akta Perindustrian Sekuriti 1968 yang memberikan pengecualian kepada pengawalseliaan pasa

Mengimbas initiatif Model Ekonomi Baru

MODEL Ekonomi Baru (initiatif) yang bertujuan meningkatkan pendapatan per kapita negara menjelang 2020 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 Mac 2010. Dalam masa sepuluh tuhun yang akan datang ini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perlu mencapai sekurang-kurangnya pertumbuhan sebanyak 6 peratus. Kelalaian kita selama lebih 10 tahun telah membuatkan kita ketinggalan dari segi daya saing dengan negara-negara yang suatu masa dulu setanding dengan kita. Dengan pengkorporatan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) diharap agensi kerajaan itu akan dianggotai oleh tenaga kerja yang profesional dan mahir baik dari dalam negara atau luar negara dan membuka pilihan untuk melantik pakar industri dalam bidang tertentu. Disarankan juga kita patut menjalankan satu kajian ke atas negara-negara yang telah berjaya menarik ramai pelabur asing tentang apakah asas-asas kejayaan mereka. Kita tidak mengambil peluang dengan adanya hasil minyak untuk menyusu

Bila lagi orang Melayu hendak bersatu!

KADANG-KADANG kita terfikir, adakah orang yang kita pilih sebagai wakil rakyat kawasan kita tersalah pilih. Sistem demokrasi memberikan orang ramai peluang memilih orang yang mewakili kepentingan mereka. Malangnya kita lihat setiap hari pelbagai jenis masalah rakyat yang timbul yang wakil rakyat yang dipilih tak tahu atau tak ambil tahu. Lihat saja program Aduan Rakyat dan Expose yang mendedahkan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kadang-kadang kita terfikir apakah rakyat tahu latar belakang orang yang mereka pilih untuk mewakili mereka. Kebanyakannya orang ramai terpengaruh dengan janji-janji yang dibuat oleh orang politik semasa berkempen. Selepas pilihan raya ramai wakil rakyat ini ghaib entah ke mana. Kalau kawasan mereka di kampung, itu hanyalah untuk mendapatkan kawasan. Dia tinggal di bandar raya dan sekali sekala saja menjenguk kawasan mereka. Tetapi bila hendak pilihan raya, setiap minggu pun boleh nampak muka. Asyik tertipu sajalah orang ramai! Ada juga wakil rakyat y