Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Gelandangan

Gelandangan dan pengemis itu berbeza.

Suara hati Dr M

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri. Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka. Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah. Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di n

England 'divided into readers and watchers'

England is suffering from a "worrying cultural divide" with poor adults much less likely to read books than their richer neighbours, a report says. The country is divided into two nations, those who read weekly or daily, and those who prefer TV and DVDs, it says. It finds key links between an individual's social background and how likely they are to read. The research, from charity Booktrust, is based on a survey of 1,500 adults. The study found that on average, the richer someone's background, the more likely they are to read. Meanwhile a higher proportion of people from poorer backgrounds admitted they never read. Younger people, men and those with lower levels of qualifications are also less likely to be readers. 'Get bored' More than one in four (27%) of adults from the poorest socio-economic backgrounds said they never read books themselves, compared with just 13% of those from the richest socio-economic backgrounds. And more than six in 10 (62%) of those

Nik Aziz dan masa lapang

Temubual Utusan Malaysia bersama Nik Aziz pada 12 Januari 2014. MINGGUAN: Apa khabar Tok Guru, nampak ceria. NIK AZIZ: Ceria sebab ada tetamu. Saya sebenarnya letih. Sekarang mudah letih. Kalau berbual pun letih, tak boleh lama. Bagaimana keadaan kesihatan Tok Guru secara keseluruhan? NIK AZIZ: Alhamdulillah. Untuk jantung, baterinya doktor kata buat masa ini, tidak perlu tukar lagi kerana masih molek. Bateri ini kurang bekerja kerana tidak begitu diperlukan memandangkan jantung saya masih gagah. Masalah saya sekarang ini adalah prostat. Masalah prostat ini menyebabkan saya kena bawa beg (untuk menyalurkan air kencing) pergi ke mana-mana. Pada mulanya, doktor mahu memberi beg yang tak perlu bawa ke sana ke sini tetapi saya tidak mahu terima. Payah kalau hendak bergerak. Cuma beg ini saya perlu tukar, caranya sama ada saya pergi ke hospital buat pemeriksaan atau pihak hospital sendiri bawa ke mari seminggu sekali. Kalau hendak sembahyang, susah sikit tetapi tak perlu tukar cuma kena cuc