Dilema Melayu pada hari ini Mukadimah TUN Dr. Mahathir Mohamad memang cukup dikenali dengan sifat punctual iaitu menepati masanya. Sesiapa yang pernah berurusan apatah lagi bekerja dengannya termasuk wakil media cukup arif dengan disiplin beliau itu. Mungkin sebab itu, apabila menyedari temujanjinya dengan kami daripada Mingguan Malaysia, ZIN MAHMUD, MARHAINI KAMARUDDIN dan HAFIZAHRIL HAMID bersama jurugambar SAIFUL BAHARI ASHAARI pada Rabu lalu sudah terlewat beberapa minit, Dr. Mahathir pantas mend aki tangga curam Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, sebaik sahaja selesai komitmen sebelumnya. Mencecah usia 87 tahun pada 10 Julai ini, stamina dan kecergasan Dr. Mahathir cukup dikagumi. Jika beliau tidak melakukan aktiviti menunggang kuda yang menjadi kegemarannya, bukan sebab faktor usia atau kesihatan tetapi kerana kesibukannya walaupun tidak lagi bergelar Perdana Menteri. “Saya sekarang bekerja tujuh hari seminggu," katanya. Namun beliau bukan...