Skip to main content

Gelandangan

Gelandangan dan pengemis itu berbeza.




Comments

Popular posts from this blog

Kita berdiri di pihak yang mana?

APABILA  berbicara mengenai kemiskinan, terutamanya kedaifan ekonomi orang Melayu, kita lebih tertumpu terhadap kemiskinan fizikal, iaitu dari segi wang ringgit dan harta. Justeru bajet negara, mahupun pelbagai rancangan pembangunan, lebih tertumpu kepada menghapuskan kadar kemiskinan, baik di desa mahupun di bandar. Data menunjukkan kita telah berjaya dalam usaha murni ini, malah pencapaian kita adalah antara yang terbaik di dunia. Namun, kemiskinan tidak boleh dilihat hanya dari satu dimensi. Kemiskinan bukan sahaja merujuk kepada kekurangan harta, tetapi lebih penting lagi, adalah kemiskinan jiwa dan cita-cita. Hal ini telah digariskan oleh Pendeta Zaaba dalam rencana ‘The Poverty of the Malays’ yang ditulis hampir sembilan dekad lalu. Jika ini dijadikan kayu ukur, kita telah gagal. Kemiskinan sebegini masih lagi tebal membelenggu kaum Melayu, ataupun lebih tepat lagi, terutamanya, golongan yang kaya dan terpelajar. Adakah kaum Melayu telah atau berupaya memerdekakan diri dari p...

Bajet 2010 faedahnya menyeluruh

Saranan Salleh BAJET 2010 sudah dibentangkan. Seperti biasa bukan semua orang puas hati. Sudah tiada apa hendak dibangkang, bayaran RM50 untuk kad kredit pun jadi hal. Kalau kita lihat gaya bank mempromosikan kad kredit mereka, sampai buka gerai di pusat-pusat membeli-belah di merata tempat dan di stesen minyak. Ertinya begitu agresif menyuruh rakyat negara ini hidup dengan kredit. Maka ramailah yang berhutang sehingga tak terbayar dan ramai jugalah yang menyumbang kepada institusi kad kredit ini dengan kadar faedah lebih kurang 18 peratus setahun. Kehidupan gaya kredit inilah yang membuatkan Amerika Syarikat mengalami krisis ekonomi yang teruk mulai 2008 dahulu. Amalan berhutang ini lebih banyak buruknya daripada baik kecuali dalam keadaan kecemasan atau terdesak misalnya hospital tidak mahu merawat kes kecemasan waris kita kalau tidak dibayarkan cengkeram. Maklumlah sekarang ini kalau hendakkan rawatan di hospital swasta dalam kes kecemasan sekalipun kena bayar cengkeram dulu. M...

Peta minda perlu ditanam kepada pelajar

PELBAGAI perkara timbul ekoran daripada krisis ekonomi global yang bermula di Amerika Syarikat.   Terkini   sebuah rencana di dalam Wall Street Journal menyatakan kebergantungan masyarakat sekuriti dan perniagaan kepada golongan yang berkelayakan sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) telah menyumbang kepada krisis yang terbesar dalam sejarah. Rencana tersebut membangkitkan beberapa kelemahan bagi mereka yang berkelayakan MBA. Pertama mereka terlatih kebanyakannya menyelesaikan masalah jangka pendek, mereka hanya mengutamakan nombor dan keuntungan, mementingkan keuntungan dan pulangan kepada pemegang saham. Orientasi mereka menjurus banyak ke arah satu aliran sahaja dan tidak berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah secara jangka panjang, tidak berkeupayaan untuk mewujudkan suatu pelantar komunikasi dengan pelbagai golongan masyarakat. Di Harvard Business School, salah sebuah universiti yang dulunya terkenal dengan program MBA kini dikritik kerana ketidakmampuan lulusan MB...