Skip to main content

Posts

Tambang naik, kualiti pula bagaimana?

AKHIRNYA syarikat pengangkutan mendapat kenaikan tambang seperti yang dinantinantikan. Difahamkan kali terakhir mereka menerima kenaikan ini ialah pada 2005. Memang patut pun diberikan kenaikan kali ini. Orang ramai kini kena tanggung kenaikan lagi. Semuanya naik. Barang makanan naik, kos sara hidup pula sudah lama naik. Sejak minyak melambung sampai AS$140 setong Julai tahun lalu. Kini minyak sudah turun sehingga AS$61 setong tetapi harga barang tidak juga turunturun. Gaji tidak boleh naik sebab ekonomi negara masih lagi meleset. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyatakan, eksport negara akan jatuh lebih 21.8 peratus untuk tahun ini dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga akan jatuh lebih tinggi daripada ramalan awal negatif 2.2 peratus kepada negatif 4.2 peratus. Tahun depan jatuh lagi kepada negatif 3.8 peratus. Rakyat biasa mungkin tidak faham, naik atau turun KDNK. Mungkin ramai yang tidak ambil pusing. Yang rakyat biasa faham ialah tambang bas dan teksi ...

Martabat bahasa Melayu, bahasa Inggeris

PENGAJARAN dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah pun dibuat keputusan tentangnya. Ramai yang bersetuju, dan tidak kurang juga yang terkilan. Mereka yang bersetuju mengatakan ramai yang tidak mengikuti pembelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris kerana guru-guru mereka tidak fasih berbahasa Inggeris. Oleh itu ramai yang akan ketinggalan kerana tidak  dapat  menguasai ilmu tersebut dalam bahasa Inggeris. Ramai juga yang mengatakan langkah menggunakan bahasa Inggeris untuk Matematik dan Sains suatu tamparan kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu. Malangnya keputusan beralih balik kepada bahasa Melayu hanyalah untuk sekolah kebangsaan. Untuk sekolah Cina dan Tamil mereka menggunakan bahasa masing-masing. Kenapa begitu ya? Kalau kita lihat akhir-akhir ini, ramai kalangan siswazah universiti tempatan yang menganggur. Mengikut kajian daripada Unit Perancang Ekonomi selain daripada tidak mempunyai keyakinan diri, kebanyakan mereka yang menganggur...

Kesan Harga Minyak Naik

Klik gambar untuk baca lebih lanjut. Kredit : Sinar Harian

Antara tersurat dan tersirat FIC

Saranan Salleh PENGUMUMAN Selasa 30 Jun lepas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang tidak perlu lagi syarikat yang ingin disenaraikan memperuntukkan 30 peratus sahamnya kepada Bumiputera menunjukkan ketidakberkesanan sesuatu peraturan. Sejak 1970 Jawatankuasa Pelaburan Asing diberi tanggungjawab untuk memastikan hak milik Bumiputera dalam ekuiti syarikat. Malangnya selepas 39 tahun hanya 19.4 peratus sahaja daripada sasaran 30 peratus yang tercapai. Walaupun ini suatu kejayaan jika dibandingkan dengan 2 peratus hak milik Bumiputera dalam tahun 1970, banyak kelemahan terdapat dalam pelaksanaan pencapaian dasar tersebut. Kelemahan-kelemahan seperti saham diperolehi oleh golongan tertentu sahaja yang tanpa modal sendiri meminjam daripada bank dan menjual di hari penyenaraian saham syarikat. Dalam tahun-tahun 1980-an dan 1990-an sememangnya pasaran saham yang rancak memberikan pulangan yang lumayan kepada mereka yang beruntung mendapat peruntukkan saham. Lazimnya...

Antara perpaduan, penjenamaan, rombakan

Oleh Saranan Salleh TIGA perkara penting menjadi perhatian ramai akhir-akhir ini. Pertama cadangan perbincangan kerajaan perpaduan yang disyorkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan UMNO yang telah ‘dikebumikan’ sebelum diberi peluang untuk bernyawa. Memanglah mungkin orang Melayu tidak akan   dapat   bersatu padu. Dalam Pas sendiri cadangan tersebut ditentang oleh barisan pemimpin sendiri. Apatah lagi di kalangan sekutu Pas, DAP dan PKR. Sehinggakan Hadi terpaksa melupakan hasrat untuk berbincang tentang kerajaan perpaduan. Cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan di kalangan Pas dan UMNO menyebabkan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dalam blognya mengemukakan persoalan kepada masyarakat Cina sama ada MCA patut keluar daripada BN atau tidak. Mengikutnya 75 peratus mengatakan persetujuan kewajaran tersebut. Apakah tujuan sebenar Tee Keat membuat kajian tersebut di kala Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap tentang Satu Malaysia? Mungkin beliau ingin mengg...

Peta minda perlu ditanam kepada pelajar

PELBAGAI perkara timbul ekoran daripada krisis ekonomi global yang bermula di Amerika Syarikat.   Terkini   sebuah rencana di dalam Wall Street Journal menyatakan kebergantungan masyarakat sekuriti dan perniagaan kepada golongan yang berkelayakan sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) telah menyumbang kepada krisis yang terbesar dalam sejarah. Rencana tersebut membangkitkan beberapa kelemahan bagi mereka yang berkelayakan MBA. Pertama mereka terlatih kebanyakannya menyelesaikan masalah jangka pendek, mereka hanya mengutamakan nombor dan keuntungan, mementingkan keuntungan dan pulangan kepada pemegang saham. Orientasi mereka menjurus banyak ke arah satu aliran sahaja dan tidak berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah secara jangka panjang, tidak berkeupayaan untuk mewujudkan suatu pelantar komunikasi dengan pelbagai golongan masyarakat. Di Harvard Business School, salah sebuah universiti yang dulunya terkenal dengan program MBA kini dikritik kerana ketidakmampuan lulusan MB...

Sekilas pandang model ekonomi baru

AKHIR-AKHIR ini kita diberitahu yang struktur ekonomi kita kena diubah. Matlamatnya supaya pekerja akan mendapat pendapatan yang lebih tinggi melalui usaha-usaha yang lebih inovatif dan kreatif. Pada suatu masa dulu, pendapatan pekerja kita sama dengan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. Tapi kini mereka telah jauh meninggalkan kita. Apakah pada suatu masa, kita perlu memikirkan ada baiknya negara memiliki gaji pekerja terendah kerana ini   dapat   menarik pelabur asing yang mencari tempat pelaburan dengan kos pengurusannya lebih murah daripada negara asal mereka. Apabila negara-negara seperti China, Vietnam dan India muncul dengan beberapa reformasi ekonomi negara masing-masing, tenaga pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih rendah daripada kita. Ini membuatkan tumpuan pelabur asing mengalihkan tumpuan pelaburan mereka kepada negara-negara tersebut. Bagi negara seperti Singapura dan Hong Kong, mereka telah berjaya meningkatkan tahap pengeluaran ke tahap yang leb...