Skip to main content

Posts

Kepuasan bagi saya sangat mudah

Mukadimah PROFESOR Diraja Ungku Abdul Aziz UNGKU ABDUL HAMID merupakan tokoh ulung yang telah begitu banyak menyumbang bakti kepada negara. Berdasarkan idea-idea bernasnya ketika lebih 20 tahun menjadi Naib Canselor, Universiti Malaya menjadi antara universiti terunggul di rantau ini sehingga sekarang. Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Tabung Haji dan ANGKASA. Namun kini namanya semakin terpinggir mungkin kerana usianya agak lanjut tetapi tiada sesiapapun boleh menafikan sumbangan dan jasanya pada negara. Walaupun mungkin agak terlewat, beliau sebenarnya baru sahaja menginjak ke usia 90 tahun pada 28 Januari lepas. Namun pada usia sedemikian, beliau yang lebih selesa dipanggil Pak Ungku masih tetap cergas, sihat dan lebih mengagumkan memorinya masih tetap kukuh dalam ingatan. Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, Hafizahril Hamid dan Khairunnisa Sulaiman, Pak Ungku begitu ceria berkongsi pengalaman hidup dan rahsia beliau panjang umur. Namun bagi beliau tidak ...

Kenapa kita perlukan Model Ekonomi Baru

KENAPA negara kita memerlukan Model Ekonomi Baru (MEB)? Kita sudah ditinggalkan oleh jiran-jiran kita. Pelaburan asing walaupun ada datang tetapi sudah berkurangan. Syarikat swasta kita sendiri tidak melabur dalam negara sendiri. Mereka pergi ke tempat lain untuk mencari keuntungan. Kita terlekat dengan pendapatan pertengahan. Negara-negara yang satu masa dulu sama taraf pendapatan dengan kita seperti Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kini telah jauh meninggalkan kita. Pendapatan perkapita kita hanya setakat AS$7,000 (RM23,100) sedangkan negara yang sama taraf dengan kita satu masa dulu sudah meningkat dua hingga lima kali ganda daripada perkapita kita. Kenapa pelaburan asing berkurangan? Syarikat asing memberikan pelbagai sebab mengapa mereka tidak lagi datang ke sini. Pertama, industri kita masih lagi bertumpukan industri bergaji rendah dan teknologi rendah yang kurang nilai tambahnya dalam produk keluaran. Kedua, bagi industri berteknologi tinggi, kita tidak memilik...

Model ekonomi baru dan agenda Melayu

TIDAK lama lagi Model Ekonomi Baru (MEB) akan diumumkan. Teka-teki tentang apakah kandungan model itu masih berterusan. Setakat ini, yang kita tahu hanya inovasi, kreativiti dan pendapatan tinggi. Itu saja. Lain daripada itu, agak sendirilah. Pada Ahad lalu, satu perbincangan meja bulat tentang perkara tersebut anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) telah diadakan. Perkara utama yang dibincangkan, apakah MEB ini akan mengambil kira beberapa kelemahan di kalangan orang Melayu pada hari muka. Kelemahan dari segi pendapatan yang rendah, kelemahan dari segi jurang pendapatan antara kaum yang kian meluas, jurang antara Melayu bandar dan luar bandar yang luas dan pencapaian masyarakat perniagaan dan perdagangan Melayu setakat ini yang belum setakat mana dan penguasaan orang lain atas ekonomi negara kita. Kelemahan-kelemahan itu tidak payah diulang berkali-kali kerana umum mengetahui penguasaan orang Melayu dalam ekonomi neg...

Sikap tikam menikam belakang masih wujud

Kadang-kadang mengenali seseorang sebagai rakan kongsi perniagaan selama tiga puluh tahun tidak cukup untuk diberikan kepercayaan dan boleh lagi berpaling tadah menyokong rakan perniagaan yang baru. Sudahlah begitu, dengan orang baru ini pula dirancang untuk menyingkirkan rakan lama itu daripada syarikat. Krisis kewangan pada tahun 1997/98 telah menyebabkan banyak perniagaan mengalami kemerosotan dan kepincangan termasuklah syarikat broker saham. Rakan-rakan kongsi syarikat terpaksa menjual saham milik masing-masing kepada orang lain. Dengan terjual sebahagian besar saham syarikat secara keseluruhan, layaklah badan baru ini melantik rakan baru selaku wakil. Tiada siapa pun menyedari belang sebenar orang baru ini. Bercita-cita tinggi sehingga ingin menjadi tampuk utama syarikat walaupun boleh dianggap setahun jagung. Disebabkan seorang daripada rakan lama syarikat ini tidak lagi layak menerajui syarikat tersebut oleh pihak berkuasa, rakan seorang lagi yang layak memegang tampuk syar...

Dialog dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negara

BEBERAPA kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NG0), usahawan Bumiputera Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah berpeluang memberikan pandangan mereka tentang Model Ekonomi Baru(MEB) kepada Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Tan Sri Amirsham Aziz pada hari Khamis 25 Februari yang lalu. Di antara isu yang dibangkitkan dalam dialog tersebut ialah kebimbangan usahawan Bumiputera tentang apakah bentuk MEB ini dan sama ada kepentingan Bumiputera akan diketepikan. Kalau kebimbangan ini tidak ditangani dan ciri-ciri MEB ini telah diselesaikan mungkin agak terlambat untuk menyuarakan kebimbangan golongan ini. Pada pertemuan hari tersebut itu, disampaikan pendirian NGO-NGO ini bahawa perhatian dan peruntukan kerajaan kepada usahawan Bumiputera perlu diteruskan. Apa jua projek di bawah MEB dan Rancangan malaysia Kesepuluh (RMK-10) nanti perlu memasukkan projek-projek pembangunan usahawan Bumiputera. Selepas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan segala-segala yang berkaitan deng...

Singkir peniaga bersikap 'brutal'

SEKARANG kita boleh melihat taring sebenar usahawan bukan Melayu apabila ada di kalangan mereka mencadangkan perniagaan patut 'brutal', ertinya bersikap kejam. Yang mana kuat boleh buat sesuka hati dengan yang lemah. Juga segala subsidi patut dibuang dan kerajaan tidak patut jadi 'big brother' (abang sulung). Mereka ini lupa sistem pasaran bebas inilah yang menyebabkan keruntuhan ekonomi di Amerika Syarikat dan seterusnya di seluruh dunia. Apabila semua sudah runtuh, ke mana mereka meminta bantuan kalau tidak kepada kerajaan. Sehingga sekarang, belum boleh dikatakan dunia sudah keluar daripada kemelut ekonomi yang melanda. Di kawasan eurozone, Greece menghadapi masalah besar, begitu juga Iceland dan Sepanyol yang dikenali dengan nama 'the sick man of Europe' (orang sakit Eropah). Seperti yang dinyatakan oleh Kunta Kinte, orang-orang seperti Francis Yeoh, Robert Kuok, Ananda Krishnan, Lim Goh Tong dan Vincent Tan semuanya kaya-raya disebabkan pertolongan keraj...

Pusat setempat untuk pembangunan usahawan

FORUM sehari “Usahawan Melayu Kini di Persimpangan, Digugat dan Digigit” yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 19 Januari yang lalu mendapat perhatian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengadakan suatu perjumpaan dengan wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO), Dewan Perniagaan Melayu, Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan beberapa persatuan usahawan Bumiputera di Putrajaya pada 26 Januari yang lalu. Mustapa membawa bersama-sama beliau kedua-dua Timbalan Menteri, pegawai-pegawai kanan kementerian serta ketua-ketua agensi di bawah MITI. Beliau bersetuju mendengar rintihan mereka yang hadir, walaupun pada masa-masanya penuh emosi dan suara lantang. Antara perkara yang dibangkitkan oleh para hadirin pada hari itu ialah sikap pegawai kerajaan yang memandang lesu kepada pembangunan usahawan Bumiputera, pegawai-pegawai bank yang tidak langsung mahu memberi peluang kepada usahawan Bumiputera, terutama seka...