Skip to main content

Posts

Emas sebagai alternatif pelaburan

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton. Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu. Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah deng...

Sekilas pandang tentang perbuatan terkutuk

Saranan Salleh SAYA bertemu seorang kenalan semasa Hari Raya baru-baru ini. Dia seorang usahawan restoran yang begitu berjaya pada mulanya tetapi akhir-akhir ini tidak ramai lagi pelanggan yang datang ke restorannya. Dia merasa hairan kerana perniagaannya begitu merosot sedangkan mutu dan harga makanannya sama seperti pada mula-mula dibuka. Dia dinasihatkan oleh ahli keluarganya untuk mencari seseorang yang arif tentang perkara khianat mengkhianati. Dia bertemu seorang alim yang bukan bomoh dan diberitahu memang ada unsur khianat. Walaupun tidak diberitahu dengan jelas daripada apa yang dibayang-bayangkan kepadanya, dia dapat memastikan yang membuat khianat kepadanya ialah seorang tuan punya restoran yang juga pemilik bangunan di situ. Disebabkan sifat yang tamak dan berduit, dia sanggup menghancurkan periuk nasi orang lain. Dalam perniagaan, perebutan kuasa, bahagian pasaran, sabotaj menggunakan sihir dan ilmu hitam bukan lagi perkara baru, baik dalam perniagaan warung mahu pu...

Budaya kerja universiti - Bahagian 2

Saranan Salleh SAYA berterima kasih kepada Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Radin Umar yang telah menjawab rencana saya pada hari Rabu 23 September yang lalu. Walaupun beliau mengakui kebenaran penciplakan di kalangan tenaga pengajar di Universiti Putra Malaysia (UPM), macam lain-lain perkara di Malaysia - kita menganggap peratusannya kecil dan berlaku hanya pada segelintir tenaga pengajar sahaja. Ada dua kemungkinan. Pertama perkara ini berlaku lebih ramai daripada yang dilaporkan. Kedua universiti yang terlibat tidak mahu melaporkan kerana publisiti begini tidak baik untuk imej universiti. Kita berasa tindakan yang diambil oleh pentadbiran UPM menjadi contoh kepada universiti-universiti yang lain. Maklumlah kita mempunyai 27,000 tenaga pengajar dan lebih 20 universiti awam. Hari ini orang boleh dapat ijazah kedoktoran tanpa pergi ke universiti. Serahkan saja teks-teks ucapan atau rencana yang pernah diterbitkan sudah boleh dapat ijazah kedoktoran tan...

Budaya kerja universiti patut diubah

TERLEBIH dahulu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca. Maafkan saya sekiranya ada kata-kata saya yang terkasar, kurang sedap dibaca dan menyinggung perasaan sesiapa saja. Berita dua orang pensyarah universiti kita, UPM, didapati melakukan ciplak tentang sebuah buku bertajuk "Writing an Effective Resume" sungguh mengecewakan. Tidak hairanlah kalau ramai pelajar universiti hari ini dikatakan gemar "potong dan tampal" apabila dikehendaki menyiapkan projek kuliah. Sudahlah kedudukan kita di kalangan universiti di dunia semakin jatuh, berita penciplak di kalangan tenaga pengajar universiti kita akan memburukkan lagi keadaan yang sudah buruk. Saya difahamkan di sebuah universiti yang baru, tenaga pengajar yang menciplak bahan ini menjadi-jadi. Seorang pengarang akhbar terkenal di Malaysia mengatakan terjumpa suatu surat dalam bahasa Inggeris daripada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan berken...

Tumpukan usaha tingkat daya saing negara

Saranan Salleh BANYAK berita menarik mengisi halaman akhbar minggu ini. Kelmarin, memuatkan pertandingan di dalam MIC antara “bom hidrogen” dengan “bom nuklear”. Inilah ceritanya yang tak habis-habis. Bila orang tegur bukan dia hendak ambil teladan tetapi marah pula. Orang beginikah yang akan melonjakkan daya saing negara kita ke tangga lebih tinggi? Tindak tanduk beginilah yang akan mendatangkan kesan yang tidak baik secara keseluruhannya kepada parti pemerintah. Laporan terkini tentang Forum Daya Saing Dunia (World Competitiveness Forum) menunjukkan kita jatuh daripada tangga 21 tahun lepas kepada tangga ke-24. Ada 12 faktor utama yang diambil kira dalam meletakkan negara di kalangan 133 ‘peserta’. Tiga bahagian utama ialah keperluan asas, peningkatan kecekapan dan faktor-faktor inovasi dan kecanggihan. Di bawahnya ada empat tunggak: Institusi – tangga ke-43 (dahulu 30), Prasarana 23 (26), Kestabilan Makroekonomi 42 (38), Pendidikan Kesihatan dan Rendah 34 (23). Di bawah fakto...

Tanggapan yang wajar diberikan perhatian

Oleh DATO’ SALLEH MAJID TEMU bual dengan Tun Musa Hitam yang disiarkan di dalam Mingguan Malaysia, 30 Ogos 2009 yang lalu sesuatu yang menarik. Analisis Tun Musa tentang tanggapan golongan muda berkenaan UMNO memang tepat sekali dan wajar diambil kira oleh ahli-ahli UMNO. Pertama tanggapan tentang politik wang. Sudah menjadi pengetahuan umum semasa pemilihan pemimpin-pemimpin cawangan, bahagian dan negeri UMNO, banyak wang digunakan oleh pihak-pihak yang bertanding. Beberapa orang kenalan saya sendiri mengakui memerlukan banyak wang kerana pertandingan pada masa itu. Seorang imam berkelayakan arkitek dari sebuah negeri sebelah selatan yang masuk bertanding kalah di Bahagian kerana tidak mahu terlibat dengan politik wang. Ada suatu kefahaman di kalangan mereka yang terlibat melakukan perkara ini mewujudkan suatu suasana seolah-olah tidak ada apa-apa. Perebutan kuasa ini tidak kira di peringkat mana sekalipun berbeza sekali pada suatu masa dulu yang mana yang dipilih kadang kala me...

Apa dah jadi, tak aman lagi...

Saranan Salleh AKHIR-AKHIR ini banyak ditimbulkan soal hak orang Melayu dan kontrak sosial. Keadaan yang pada suatu ketika, kita lihat seperti aman damai selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 bertukar seolah-olah tidak dapat dibendung lagi perasaan geram sesetengah orang sehinggakan mereka ini lupa akan sensitiviti orang Melayu. Malahan ada juga di kalangan pembangkang yang baru merasa kuasa setahun jagung sudah berani memperkecilkan agama Islam. Gelagat orang seperti ini boleh membangkitkan perasaan marah di kalangan orang Melayu yang sekian lama agak diam. Walau bagaimana pun ada juga di kalangan segelintir mereka yang membiarkan diri mereka dikudakan oleh orang yang lantang bersuara tidak mengira sentimen dan perasaan orang lain. Sikap orang Melayu telah dapat kita lihat dengan sikap tolak ansur yang berlaku di Pulau Pinang. Walaupun UMNO pada masa dulu memperolehi majoriti dalam kerajaan negeri, tetapi disebabkan sikap baik hati telah memberikan Gerakan memerintah Pulau Pina...