TAHUN baru. Azam baru. Azam kita untuk keluar daripada kemelut terjerat dalam pendapatan pertengahan dan merapatkan jurang pendapatan yang semakin meluas di antara yang berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah. Azam kita untuk masuk golongan negara-negara berpendapatan tinggi memerlukan strategi bersepadu yang dihuraikan oleh Laporan Bank Dunia November lalu terdiri daripada langkah-langkah mengkhususkan lagi ekonomi, meningkatkan kemahiran tenaga kerja, membuatkan pertumbuhan lebih menyeluruh dan menyusun pulih kewangan awam. Kita perlu memberikan tumpuan kepada beberapa sektor bernilai tinggi dan berpotensi tinggi. Misalnya bidang-bidang seperti kewangan Islam, makanan halal, elektronik, industri-industri berdasarkan sumber alam dan pelancongan. Kesemuanya perlu berlatar belakangkan ekonomi yang menyokong pengetahuan. Dalam sedikit sebanyak kita diberitahu tentang Model Ekonomi Baru, kita turut dimaklumkan bahawa ia berteraskan kepada inovasi dan kreativiti. Ramai yang mungk...